Tuesday, April 23, 2013

Hati wanita


Assalamualaikum , kembali kita lagi bersama dengan cik rara . rara nak persoalkan entry kita mengenai hati wanita . sungguh sensitif hati wanita ini kan . tetapi wanita juga pandai untuk mengawal perasaan .bagi rara hati wanita amatlah istimewa . kadang kadang hati ni jugak lah membuatkan kita merasakan kebhgiaan dan kadang kadang memberikan kita satu perasaan sakit nya bila berada dalam kekecewaan . memang susah untuk pulihkan hati yang telah terluka tapi hanya tuhan saja yang dapat bantu dengan hanya kita selalu melakukan amalan yang baik dan sering berdoa kepadanya .

kalau dari segi pengalaman rara , memag rara pernah bercinta agak lama dalam 3tahun tetapi cinta yang rara miliki itu gagal untuk rara dijadikan wanita yang halal untuk nya . bila difikirkan balik memang susah hati rara nak lupakan cinta lama tetapi dengan sokongan keluarga and kawan kawan rara cuba bangkit untuk jadi siapa diri rara sekarang . Alhamdulillah perasaan kecewa and sedih terhadap cinta lama tu dah pergi menghilang dan membuat kan rara selesa untuk dianggap status cik single . hee ^_^


hati rara selalu berkata siapakah jodoh ku suatu hari nanti . dapatkah aku menerima seseorang untuk mencuba curi hati rara ini . rara hanya merancang tapi tuhan yang tentukan siapa jodoh rara . buat masa ni rara hanya tumpukan diri rara dengan study di UiTM sahaja . nak merealisasikan impian rara . InsyAllah . tetapi dengan izin tuhan rara juga mengharapkan seseorang datang kepada rara untuk menjadi bakal suami rara .

rara perlukan seseorang lelaki yang boleh mengatakan untuk berkawan dengan rara secara ikhlas menerima rara seadanya . orang kata susah juga kalau suka sangat memilih .bagi rara hati wanita siapa tahu mesti kita nak cari lelaki yang boleh mebimbing kita and menjadi contoh yang baik untuk jadi suami atau bapa suatu hari nanti  .kalau boleh rara nak sangat jodoh rara tu adalah lelaki yang layak untuk terima rara . hati wanita ini masih menanti kehadiran seseorang lelaki yang boleh menghalalkan diri ini .



semoga hati wanita akan mendapatkan kebaaahgiaan dan bukan kekecewaan untuk sekali lagi . sekian terima . eh , habis dah haha . okay babai uols :)





ANAK dara


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog rara . mintak maaf jikalau rara sudah lama tak berblogging . kehidupan pun dah lain dulu rajin pun zaman sekolah kan sekarang zaman belajar di negeri orang lagi lah nak dapatkan internet amatlah susah bagi rara dan sangat susah untuk hadap laptop je macam dlu . It's okay bende semua tu pun sudah lama . tak perlu dikenang okay ^_^ yang pasti dulu kalau rara rajin berblogging pun hanya luahan mengenai percintaan cinta monyet yang tak sudah je. bile difikirkan balik rara dah lama tinggalkan cinta monyet tu . hampir 2tahun rara single and menjalani kehidupan seperti biasa . Alhamdulillah semua nye dengan izin tuhan menjadi perubahan kepada rara . sekarang memulakan kehidupan yang baru dan style yang baru .hihi .

ikutkan panjang rara nak bercerita memandangkan cerita yang rara mahu katakan takmasuk dengan entry lah  . hihi .emtry rara kali ni nak pasal ANAK DARA ? apa tujuan rara ceritakan mengenai ini . just nak kongsikan pengalaman rara lah kan . sesibuk mana pun wanita yang masih belum berkahwin dia haruslah belajar untuk menjadi seorang anak dara yang bagus . ehem ehem . cenggana tu ? rara pun tak pandai nak terangkan . yang rara katakan semua ni main taip je . hihi . luahan seorang wanita biasa lah kan .

 kata ibu kalau nak jadi anak dara kene tahu masak lah buat keje rumah lah dan lain lain lagi . kalau dah jadi anak dara yang perfect baru lah boleh kawin kan . tapi ikutkan rara anak dara sekarang ni kalau tak pandai masak pun still boleh kawin bukan . sebab itu bukan penghalang nye . kalau kita dah suka kita mesti menerima kelemahannya kan . sekarang ni dah tak kisah kalau tak tahu buat kerja rumah pun still boleh ambil orang gaji atau kita boleh belajar hal rumah tangga lepas kahwin. bukan begitu kan.

amboi cik rara ni dah macam mak mak pulak mebebel nye . hehe . bukan ape dah lama tak berzaman blogging ni . tapi insyallah rara cuba untuk update seterusnya . tapi Alhamdulillah sekarang banyak kan perubahan kat rara . kalau takde maybe rara syok sendiri kot haha. yang penting kalau nak berjaya kita kene ada usaha . doakan kejayaan rara ok :)




Sunday, March 17, 2013

THINKING


Assalamualaikum , hai semua blogger atau pengintai rara . untuk entry kali ni mengenai thinking ? apakah yang perlu rara katakan ? dalam masa yang sama sekarang rara mengalami dugaan macam macam tapi rara hanya mampu bersabar . dan rara tidak mintak pun semua ni terjadi kan tapi rara tahu ni semua ketentuan tuhan . yelah sapa lah rara untuk berlagak didunia ini atau tidak sedar sapa diri rara sehinggakan bongkak kan . tapi takpelah ini semua ujian dan ape yang rara fikirkan sekarang hanyalah mendoakan semua ini baik baik sahaja . lagipun kita hanya perlu bersyukur dan belajar untuk menghargai ^_^ . untuk masa ini rara perlukan masa untuk sesuaikan keadaan. semakin hari rara makin tua dan semakin perlukan ingatan yang kuat dan fizikal and mental kene juga kuat . yang pasti ALLAH sentiasa akan melindungi seseorang yang memerlukan pertolongon bukan . just iyekan aje ape yang rara katakan . rara dah masih nak runsingan fikiran ni , rara just bersabar dan banyakkan berdoa . ape pun kita biarkan urusan ni dengan tuhan okayy . bye uols. selamat beramal :)

Thursday, February 21, 2013

RAKAN di UiTM penang

hai u olls :) kembali lagi dengan rara , entry kali ni rara nak story pasal kehidupan rara di UiTM PENANG . hee ~ biasa lah kalau budak sem1 pasti kene cari kawan yang terbaik untuk kita kan . yes semestinya adalah itu yang terbaik buat kita ^_^ dengan izin tuhan alhamdulillah rara dapat kawan yang sekepala dengan rara tapi diorang bukan calang calang orang okayy . thank kawan sudi berkawan dengan rara . satu hal lagi rara bila dah masuk U ni rara jadi makin jauh dengan kawan lama rara taktahu nape tapi bila cuti sem je rara pasti akan cuba contact mereka tak kisah dengan cara macam mana pun kan . sebab itu cara rara so rara mintak maaf kalau ade tersalah bahasa atau terkasar kata kata dari cik rara yang mahu cube untuk matang ini . hee (ayat terabur harap maaf). bagi rara memang rara tak kesah rara nak kawan dgn sape sape tapi disebabkan rara ditempat orang rara kene jugak bijak dalam memilih rakan . ecewahh ! karangan terlebih pulak . maaf :) jadi terpaksa rasa dengan macam macam ragam kawan . kadang kadang ada yang perangai macam mengada lah , sombong lah kerek semacam padahal kita sama taraf je k , ade jugak yang mcm sellfish then ade yang tahu mengeluh dgn sume hal , ade jugak lah yg berlagak mcm tahu nak buat keje padahal haram taktahu itu lah kan sebenarnye banyak lagi jenis kawan yang rara dah jumpe tapi yang pasti kalau perangai gile rara dah sampai so diamkan diri dan lihatkan saja muke pelik ini ^_^ hee ~ just joking lah . kadang kadang bila rara dah sambung belajar ni rara suka termenung kenapa , mengapa ,apakah yang terjadi kat rara selepas ni . tapi bagi rara bila duduk kat sini kita hanya ada kawan yang sentiasa bantu dan buat kita gembira . itulah yang dikatakan persahabatan dalam perhubungan bukan :) banyak pulak bebelan mak nenek cik rara ni . haha . tak kisah lah sape dia dan mengapa perlu jadi rakan kita . yang penting kita perlu aturkan kehidupan kita untuk kita jadi lebih yang terbaik akan datang . INSYALLAH :D mari rara kenalkan rakan rakan rara :)


okay ni syidah budak shah alam . kami memang suka menggila . kalau tengok picture yang pakai shawl tu agak lah mcmm serupa sikit . haiyo ~ macam rara menggelabah dengan perasan sekejap . haha . but kami baru je kenal dalam sebulan stgah tak salah rara lah still boleh kenal satu sama lain . kalau dah sekepala semua boleh :) thanks sudi jadi kawan rara . but lupe nak cakap dia tak sama kos dengan rara okay die amik diploma pengurusan perhotelan . itu perbezaan nye tapi tak kesah lah sape dia dan sape rara . kami kawan okayy :D





okay yang freehair tu my honey ye ^_^ nama sebenar die isma izrin single only ! hee . tapi orang suka panggil die cik yien . sape nak ngorat sila jumpa tuan besar awak ni ye cik rara ni . haha . takde lah gurau ja . rara kenal dengan yien masa rara amik pra diploma dekat UiTM seri iskandar 

 
yang ni pulak orang selalu panggil eyra , dia asal dari perlis . kenal dengan dia pun disebabkan entah lupe lah harap maaf . yang pasti rara kalau berkawan suka je but suka tegur mcm tu lah , terpulang lah sape orang nye asalkan kawan . hee ~ 

kalau korang tengok kat atas ni cume ada 3orang yang korang tak kenal . mari rara kenal kan kawan kawan rara ye . yang pakai baju biru tu orang selalu panggil iqa then dia asal dari kedah . sebelah die pulak aziemah then seblah lagi nas tak salah rara lah kan . ade pic kat bawah yang baju hitam and seluar putih tu shelo untuk pengetahuan korang mereka bertiga dari sabah . you see merantau kan mereka study di sini . nak kata dah kata kawan kan so tak kesah dari mana dan sapa mereka asalkan kawan tu boleh memberikan erti yang bagus . hee . untuk sekian sahaja dari cik rara . bai bai . sebenarnye ada lagi rakan rara . tapi ni je yang rara rase selalu lepak dengan mereka . hihi ^_^
*opps , ada sorang lagi nak kenalkan yang pakai baju merah tu . cik HAWA :) dia asal dari terengganu . suka gurau gurau dengan dia lagipun suka gila kalau dengar bahasa dia . kadang kadang terikut juga then tersasul malu sebab tak sama . haha . harap maaf yee ~