Monday, August 17, 2015

My Twin Miera


Assalamualaikum semua . Sekarang ni saya nak cerita tentang my best friend cik kembar saya Nuramiera binti mardonal this my twin yang lain bapa tapi sama tarikh lahir . Dia kawan baik saya kat Uitm kami kenal pun dari sem2 lain kelas dulu tapi sama sama jadi budak reapeters. Mula mula kenal agak awkward la then ada satu masa bila dalam kelas kami nak tengok ic sama sama tetibe sama tarikh lahir. excited nya taktahu la nak cakap macam mana , Terima kasih ya Allah kau berikan aku sahabat yang susah senang bersama . Banyak persamaan bila bersama sama kadang kadang suka gaduh gaduh sampai kalau orang lain tengok kita orang mesti orang lain ingat kami gaduh betul sedangkan kami gaduh main main je. Rara sayang dia sangat sangat kadang kadang rara sedar rara macam takde perasaan atau ego sikit eh eh sikit ke ego banyak la haha itu je beza kami . Tapi dia comel orang nyaa . Sekarang dalam Uitm ni apa apa hal kami selalu berdating berdua haha yela sama sama single kan apa ada hal .Kalau boleh hari hari nak dating pergi makan lah borak sama sama laa . Yang pastinya kami ada perangai yang kuat berangan Haha yang pasti itu paling kelakar kalau nak tahu kan . Berangan kadang kadang tak ingat dunia tapi ada orang kata biarlah nak berangan pun mana lah tahu satu hari berangan kita tu akan jadi kenyataan bukan. Kata kata kan dikatakan satu doa jugak . Kembar i ni dia selalu ada bila aku tengah susah and bila aku senang pun dia ada . Kau rasa mana nak jumpa kawan yang macam ni macam zaman sekarang , aku ada dan aku bersyukur sangat. Ya Allah, semoga persahabatan kami ini biarlah sampai bila bila dan eratkan lah kami silaturrahim selamanyaa . Aameen :)

Wednesday, August 5, 2015

Dunia Baru

Assalamualaikum semua pengintai yang masih sudi membaca blog rara ^_^ Setelah sekian lama tidak update blog ni memang rindu je rasa . Now i nak cerita life baru i. Alhamdulillah banyak perubahan kat diri rara yang orang lain tak perasan ,kebanyakan nya rara selalu belajar dari pengalaman. Sekarang ni rara lagi setahun nak habis belajar In shaa Allah kalau dah habis belajar rara akan cuba cari pengalaman baru lah kalau ada modal nak buka bisnes tapi tak kesah la bisnes apa pun asalkan ianya bermula daripada kecil kecilan . Zaman dulu dan sekarang beza sangat sebab dulu tak matang sebab life rara cuba dalam angan angan and selalu hidup dalam it dan sekarang hidup rara dah matang selalu hidup dalam pengalaman dan banyak pengajaran yang dapat dari segi kawan kawan dan keluarga. Hidup ini sebenarnya indah cuma kita je yang patut pandai pilih yang mana sepatutnya indah . Nak hidup jugak perlu selalu fikiran yang positif no negatif . sekarang umur rara dah cukup 21tahun rasa cepat sangat masa berlalu masa sekarang la banyak berfikir soal jodoh ,tipu la kalau rara tak boleh lupakan fazly (myexbf) kalau nak tahu sekarang dia nak kat rara balik tapi bukan untuk jadi girlfriend balik tapi mahu rara jadi wife dia . Ya Allah ini semua macam mimpi je rasa tapi hati rara dah lain rara suka kat orang lain rara dah usahakan nak dapatkan lelaki tu dan dia pun suka rara juga cuma kami bukan bercinta tapi berhubung melalu hati kerana Allah . Dalam masa yang sama dua orang datang kan .. takkan rara nak lukakan hati orang jalan penyelesaian nya senang sahaja cuma buat solat istikharah tapi bukan senang nak buat sebab perlukan masa dan waktu yang tenang nak buat kan . In shaa Allah jika ada usaha pasti ada petunjuk dari yang atas :) Maaf le tetibe cerita pasal jodoh mesti rindu kan . hee . Dunia rara yang sekarang nak cuba banyak belajar mengenai ilmu akhirat dan ilmu dunia pun rara perlu tahu . Dalam hidup ni kena selalu banyak bersabar kan tak kira la soal kawan soal keluarga soal jodoh soal pekerjaan soal kesihatan semua nya kena belajar kuatkan keimanan sebab kalau kita selalu marah marah selalu menangis selalu buat benda yang bukan bukan pun itu bukan mendatang penyelesaian tapi mendatangkan permasalahan yang banyak kan . So fikirkan ye pengintai ku ;)