Assalamualaikum.. Selamat membace semua.. Entry ini terdetik untuk ditulis ketika sedang enak mengunyah epal merah yang sangat manis sebelum tidur malam semalam.. Tiba-tiba teringat kemanisan sebuah persahabatan yang ada antara aku dan dia.. Sahabatku.. Bergaduh? Rasanya tidak.. Berjauh hati? Entahlah.. Merajuk? Aku tak pandai merajuk.. Senang kata, musim kedinginan sesebuah persahabatan.. Oh.. Ada juga begitu ya..
Semenjak Maaf Dari Surga, aku benar-benar nekad.. Nasihat yang aku dengar dari sahabat-sahabat aku gunapakai dengan sebaik-baiknya.. Demi untuk menyembuhkan diri aku sendiri, aku tak sedar sebenarnya aku dah melukakan hati seorang sahabat hanya kerana satu kesilapan yang bukannya datang dari dia dan juga bukannya datang dari aku.. Kesilapan yang hadir kerana keadaan sekeliling kami..
Jahatkan aku? Kejamkan aku? Tak berhati perut? Aku tak ambil tahu langsung tentang dia, facebooknya tiada lagi dalam pandangan mataku, blognya juga tak pernah lagi aku kunjungi untuk satu jangka masa yang lama, sms apatah lagi, nada dering pun sudah lama aku tukar dan tak lagi aku dengar sampai sekarang.. Sebab aku dah tak mampu mendengarnya.. Pasti ramai tertanya besar sangatkah lukanya.. Jawab aku, hanya Tuhan yang tahu..
Sepanjang persahabatan ini, banyak yang kami lalui.. Pahit manis suka duka.. Segala rahsia kami simpan sama-sama.. Kadang kami berduka bersama, kadang kami bergurau bersama, kadang pula layan mengantuk sampai 2, 3 pagi.. Hati dah cukup rasa gembira sebab Allah kurniakan dan pertemukan seorang sahabat seperti dia.. Ayat pertama sahabat itu, mak kata jangan makan sorang-sorang.."
Entah mana silapnya.. Mungkin pada kata-kata yang berbaur lain rasa dan cenderung tersilap sangka, mungkin juga perlakuan yang menuntun akal menafsirkannya dengan lain makna, mungkin dan mungkin dan terlalu banyak mungkin.. Aku dah penat.. Penat memikirkan mana silapnya dan silapnya dari siapa.. Sebab makin difikir, makin aku tak jumpa tepiannya..
Entah apa khabar sahabat itu sekarang.. Harap aku, doa aku, semoga sentiasa bahagia, selalu berada dalam lindunganNYA, walau aku mungkin tak mampu lagi jadi sahabat seakrab seperti dulu-dulu kala, aku tetap berdoa agar dia beroleh kejayaan yang diingininya selama hidup ini.. Mak pesan tak baik gaduh-gaduh.. Pengajaran yang aku dapat dari kesilapan kita, berterus teranglah walau kejujuran dan kebenaran itu kadang-kadang sangat pahit.. Dan jujurnya aku terus terang, aku sayangkan kamu sahabat.. =)
yang terindah - END . . .
.
p/s rara rindu kawan2 rara yang selalu sentiase ade dekat dengan rara . .
No comments:
Post a Comment