Tuesday, April 23, 2013

Hati wanita


Assalamualaikum , kembali kita lagi bersama dengan cik rara . rara nak persoalkan entry kita mengenai hati wanita . sungguh sensitif hati wanita ini kan . tetapi wanita juga pandai untuk mengawal perasaan .bagi rara hati wanita amatlah istimewa . kadang kadang hati ni jugak lah membuatkan kita merasakan kebhgiaan dan kadang kadang memberikan kita satu perasaan sakit nya bila berada dalam kekecewaan . memang susah untuk pulihkan hati yang telah terluka tapi hanya tuhan saja yang dapat bantu dengan hanya kita selalu melakukan amalan yang baik dan sering berdoa kepadanya .

kalau dari segi pengalaman rara , memag rara pernah bercinta agak lama dalam 3tahun tetapi cinta yang rara miliki itu gagal untuk rara dijadikan wanita yang halal untuk nya . bila difikirkan balik memang susah hati rara nak lupakan cinta lama tetapi dengan sokongan keluarga and kawan kawan rara cuba bangkit untuk jadi siapa diri rara sekarang . Alhamdulillah perasaan kecewa and sedih terhadap cinta lama tu dah pergi menghilang dan membuat kan rara selesa untuk dianggap status cik single . hee ^_^


hati rara selalu berkata siapakah jodoh ku suatu hari nanti . dapatkah aku menerima seseorang untuk mencuba curi hati rara ini . rara hanya merancang tapi tuhan yang tentukan siapa jodoh rara . buat masa ni rara hanya tumpukan diri rara dengan study di UiTM sahaja . nak merealisasikan impian rara . InsyAllah . tetapi dengan izin tuhan rara juga mengharapkan seseorang datang kepada rara untuk menjadi bakal suami rara .

rara perlukan seseorang lelaki yang boleh mengatakan untuk berkawan dengan rara secara ikhlas menerima rara seadanya . orang kata susah juga kalau suka sangat memilih .bagi rara hati wanita siapa tahu mesti kita nak cari lelaki yang boleh mebimbing kita and menjadi contoh yang baik untuk jadi suami atau bapa suatu hari nanti  .kalau boleh rara nak sangat jodoh rara tu adalah lelaki yang layak untuk terima rara . hati wanita ini masih menanti kehadiran seseorang lelaki yang boleh menghalalkan diri ini .



semoga hati wanita akan mendapatkan kebaaahgiaan dan bukan kekecewaan untuk sekali lagi . sekian terima . eh , habis dah haha . okay babai uols :)





ANAK dara


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog rara . mintak maaf jikalau rara sudah lama tak berblogging . kehidupan pun dah lain dulu rajin pun zaman sekolah kan sekarang zaman belajar di negeri orang lagi lah nak dapatkan internet amatlah susah bagi rara dan sangat susah untuk hadap laptop je macam dlu . It's okay bende semua tu pun sudah lama . tak perlu dikenang okay ^_^ yang pasti dulu kalau rara rajin berblogging pun hanya luahan mengenai percintaan cinta monyet yang tak sudah je. bile difikirkan balik rara dah lama tinggalkan cinta monyet tu . hampir 2tahun rara single and menjalani kehidupan seperti biasa . Alhamdulillah semua nye dengan izin tuhan menjadi perubahan kepada rara . sekarang memulakan kehidupan yang baru dan style yang baru .hihi .

ikutkan panjang rara nak bercerita memandangkan cerita yang rara mahu katakan takmasuk dengan entry lah  . hihi .emtry rara kali ni nak pasal ANAK DARA ? apa tujuan rara ceritakan mengenai ini . just nak kongsikan pengalaman rara lah kan . sesibuk mana pun wanita yang masih belum berkahwin dia haruslah belajar untuk menjadi seorang anak dara yang bagus . ehem ehem . cenggana tu ? rara pun tak pandai nak terangkan . yang rara katakan semua ni main taip je . hihi . luahan seorang wanita biasa lah kan .

 kata ibu kalau nak jadi anak dara kene tahu masak lah buat keje rumah lah dan lain lain lagi . kalau dah jadi anak dara yang perfect baru lah boleh kawin kan . tapi ikutkan rara anak dara sekarang ni kalau tak pandai masak pun still boleh kawin bukan . sebab itu bukan penghalang nye . kalau kita dah suka kita mesti menerima kelemahannya kan . sekarang ni dah tak kisah kalau tak tahu buat kerja rumah pun still boleh ambil orang gaji atau kita boleh belajar hal rumah tangga lepas kahwin. bukan begitu kan.

amboi cik rara ni dah macam mak mak pulak mebebel nye . hehe . bukan ape dah lama tak berzaman blogging ni . tapi insyallah rara cuba untuk update seterusnya . tapi Alhamdulillah sekarang banyak kan perubahan kat rara . kalau takde maybe rara syok sendiri kot haha. yang penting kalau nak berjaya kita kene ada usaha . doakan kejayaan rara ok :)